Can't Find? Search here

Custom Search

Thursday, 21 August 2008

Siakap Merah / Mangrove Jack (Lutjanus Argentimaculatus)

 
Mangrove Jack / Siakap Merah (Lutjanus argentimaculatus)

 PENGENALAN:


Dikenali sebagai Mangrove Jack di Autralia dan Siakap Merah di Malaysia. Ikan Siakap Merah terkenal dengan kerakusannya memburu makanan dan jaya juangnya yang kuat apabila terkena pancing serta kepintarannya membawa lari "gewang" ke kawasan reba dan batu.

Warna spesies ini boleh berubah-ubah mengikut kawasan dan warna air tempat ianya tinggal seperti warna merah hati, warna ke cokelatan dan kekuningan.

Siakap Merah / Mangrove Jack mudah ditemui di kawasan berstruktur seperti reba, batu dan karang. Lazimnya hidup secara berkumpulan apabila masih kecil dan apabila besar sifat kewilayahannya terserlah dan hidup dalam kawasannya sendiri.

Ikan Siakap Merah / Mangrove Jack boleh di kategorikan sebagai ikan samseng, kerana ikan ini begitu rakus mencari makanan dan sifat kewilayahan membuatkan ia menyerang hampir ke semua ikan yang menghampiri kawasannya. Ikan Siakap Merah menyerang hendap mangsanya dengan membuat serangan mengejut.


CARA MEMANCING:

Mangrove Jack / Siakap Merah (Lutjanus argentimaculatus)
Penggunaan umpan hidup seperti udang dan anak ikan adalah cara terbaik untuk memburu spesies ini, namun penggunaan hirisan ikan pasar segar seperti ikan selayang juga boleh digunakan kerana darah ikan selayang dapat menarik perhatian Ikan Siakap Merah untuk memakannnya.

Untuk memancing Ikan Siakap Merah ini, kawasan berstruktur seperti bangkar kayu, tebing berbatu serta struktur tiang adalah lokasi terbaik. Namun ianya juga pernah di tangkap di kawasan yang jauh dari kawasan tebing iaitu di tengah laut dan selalunya saiznya lebih dari 4 kilogram.

Set pancing yang sesuai untuk memburu spesies ini adalah dari kategori ringan dan sederhana berat seperti rod dari 10-20lb dan reel dari 1000-4000 bagi memaksimumkan kepuasan bertarung dengan spesies ini.  Tetapi awas!! Ikan Siakap Merah bijak melarikan umpan ke kawasan berstruktur dan membuatkan anda berputih mata dengan kejadian seperti perambut putus dan matakail terkangkang. Anda perlu pantas menarik ikan ini keluar dari tempat kawasan persembunyiannnya.


Kaedah Umpan Hidup

Jika menggunakan umpan hidup, teknik yang sering saya gunakan adalah dengan cara matakail di ikat terus ke tali serap henjutan (shock leader) yang telah di sambung dengan menggunakan ikatan "FG Knot" ke tali utama. Penggunaan batu ladung jenis "hidup" saiz kecil sambil "stopper" di pasang antara matakail dan batu ladung bagi memudahkan kita menetapkan jarak antara umpan dan batu ladung. Umpan di lontar dan seterusnya dikarau perlahan-lahan dan berhenti seketika di dasar lubuk.

Teknik "casting" juga sudah popular untuk memburu Ikan Siakap Merah ini. Set seperti rod dari 10-20lb dan reel dari jenis "round baitcasting" atau "low profile" dan juga "spinning" yang tahan air masin adalah sesuai serta tali sulam berkekuatan antara 20-30lb dan "shock leader" antara 30-40lb bagi mengelakkan putus akibat bergeser dengan batu atau teritip. Gewang selaman dalam serta bergemerincing adalah terbaik dengan skema warna terang seperti oren, merah, putih dan silver.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chat Jom!