Can't Find? Search here

Custom Search

Thursday, 21 August 2008

Siakap Putih / Barramundi (Lates Calcarifer)


Barramundi / Siakap Putih (Lates Calcarifer)
PENGENALAN:

Barramundi (Lates calcarifer), juga dikenali sebagai Asian Sea Bass dari spesies Catadromous yang tergolong dalam keluarga Latidae Perciformes. Spesies asli yang tersebar dengan meluas di rantau Pasifik Barat Indo dari Persian Gulf, melalui Asia Tenggara ke Papua New Guinea dan Utara Australia. Di Malaysia panggil ikan ini di panggil Siakap Putih / Kakap Putih. Dikenali sebagai planya kapong dalam bahasa Thailand dan amat popular di jadikan hidangan. Dikenali sebagai koduva dalam bahasa Tamil, kalaanji dalam bahasa Malayalam, pandugappa dalam bahasa Telugu di India, bhetki dalam bahasa Benggali di timur India.   

Spesies ini mempunyai bentuk badan yang panjang dan besar, muncung mulutnya yang sedikit menyerong dan satu rahang atas memanjang ke belakang mata dan mempunyai bahagian tajam seperti pisau di pipinya. Memiliki sisik berwarna perak dan duri yang tajam di bahagian siripnya. Warnanya berubah mengikut keadaan warna air tempat ianya tinggal seperti warna perak kehitaman dan perak kekuningan. Boleh membesar sehingga 1.8meter dan berat sehingga puluhan kilogram, namun ianya amat sukar di temui. Saiz lazim Ikan Siakap Putih di Malaysia adalah dari 1-10 kilogram.
 
Siakap Putih ialah ikan demersal, mendiami perairan pantai, muara, lagun dan sungai berair payau,  biasanya hidup dalam  julat suhu antara 26−30°C. Siakap Putih juga boleh hidup di kawasan berair payau dan tawar.


CARA MEMANCING: 

Ikan Siakap Putih memburu makanan dengan cara menyerang hendap dan menyedut makanannya. Menjadikan anak-anak ikan seperti belanak, jenjulung, tamban serta udang sebagai makanannya. 

Set pancing yang sesuai untuk memburu spesies ini adalah dari kategori sederhana berat iaitu rod dari 10-30lb dan reel dari saiz 3000-4000 dengan tali sulam 20-40lb serta perambut dari 30-40lb bagi mengelak kejadiaan putus kerana bahagian pipi Ikan Siakap Putih yang tajam dan boleh memutuskan tali perambut. 

Teknik Umpan Hidup

Umpan terbaik untuk memburu spesies ini adalah udang hidup dan ikan belanak serta ikan tamban. Teknik biasa untuk memancingnya adalah dengan menggunakan pelampung.Jika menggunakan pelampung, harus dipastikan umpan tidak terlalu dalam dan tidak terlalu ke atas. Teknik memancing Siakap Putih berbeza-beza mengikut tempat lokasi memancing. 

Jika memancing di pinggir pantai dan tebing lazimnya teknik berpelampung digunakan. Jika di kawasan muara atau sungai selalunya kaedah memancing dasar di gunakan (sila lihat di ruangan Ikan Siakap Merah).  Namun kaedah yang paling saya gemari untuk memburu Siakap Putih adalah dengan teknik menghanyut umpan.

Waktu terbaik untuk memburu Ikan Siakap Putih adalah di waktu pagi dan lewat petang. Keadaan pasang surut pula adalah sewaktu air mula bergerak pasang dan bergerak surut serta sesudah air pasang penuh di mana Ikan Siakap Putih mula aktif memburu ikan-ikan kecil yang bergerak mengikut arus.
Gewang selaman cetek "minnow"


Kaedah lain untuk memancing Siakap Putih dan mula mendapat tempat di hati setiap pemancing adalah dengan kaedah mengilat "casting". Gewang yang sering di gunakan adalah dari jenis selaman dalam dan cetek yang berbentuk memanjang menyerupai ikan jenjulung dan belanak. Karauan gewang secara perlahan "slow jerk" adalah terbaik kerana sifat Siakap Putih yang makan dengan cara menyedut. Tundaan gewang juga di gemari oleh pemancing kerana dengan cara ini lingkungan kawasan gewang di mainkan adalah lebih luas dan peratusan mendapat sambaran adalah tinggi.

3 comments:

fazdli Sham said...

Tips & technic nie memang berkesan, sayer dpt 2 ekor setiap sekor 3 kilo dlm masa 2 jam jer, sayer try kat sportfishing sentul (taman pelangi).... terima kasih WAK RAMBO. Harap2x ader lg tips2x menarik yg dpt dikosingkan

YIE said...

salam..tumpang lalu tuan blog...saya adalah pemancing siakap tegar... tetapi waktu yg sesuai sahaja sy pegi memancing siakap ni...so kalau nk mancing siakap kena la study air dulu.. port2 kat mane siakap ni bermain... mcm aku ada jadual dan buku mancing ... aku buat sendiri aku catat hasil tangkapan, masa,tarikh ikut (kalendar melayu) senang follow je next time...kite dah tau bile air elok ke tidak..sesuai ke tidak nak mancing... biasa nya aku suka turun mancing waktu malam dlm pkl 12 mlm keatas..lg lwt pagi lg bagus...yg penting jgn tertinggal waktu subuh dah le...(bergantung pada jadual)waktu terbaik air nk gerak pasang or surut...cnth: aku lbh suka air gerak surut (1.6m-0.5m)tgk kawasan jgk la..(port2 aku biasa turun muara kuala Rompin,kuala Balok kuantan,tanjun lumpur kuantan dan byk lg area2 pahang ni...)teknik pulak aku guna bottom aje..umpan udang idup perambut soft wire cap gajah..tak payah pakai ladung menghanyut @ casting.. baling dan karau slow2 umpan udang tu...sekian terima kasih...just saje aku nk kongsi ilmu dan mencari rakan baru kaki2 pancing...boleh la kita bertukar2 pendapat itu aje...

brohantu said...

saya biasa menggunakan ikan pisang sebagai umpan memancing ikan siakap liar. ikan ini lebih tahan lasak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chat Jom!