MAKLUMAT MEMANCING LAIN?

Custom Search

Friday, 5 September 2008

Ikan Belida (Chitala Chitala)

Ikan Belida ( Chitala Chitala )
Pengenalan :

Ikan belida ( chitala chitala ) merupakan spesies ikan yang boleh hidup di sungai tenang dan tasik. Ia boleh didapati di India , Thailand , Borneo, Malaysia, Brunei dan Sumatera. Kepentingan utama ikan belida adalah dalam sektor ikan hiasan. Ikan Belida tidak mempunyai permintaan tinggi dalam pasaran, ini kerana Ikan Belida mempunyai isi yang tawar dan duri halus yang banyak.

Namun Ikan Belida antara ikan yang seronok di pancing kerana ikan ini kuat melawan dan suka melakukan aksi akrobatik di udara apabila terkena pancing. Ikan Belida mudah di kesan di sesuatu kawasan apabila ikan ini timbul mengambil udara di permukaan dengan lemah lembut diikuti 2 ketul gelembung udara dikeluarkan.


Cara Memancing :

Ikan Belida mudah di pancing dengan menggunakan umpan hidup seperti anak ikan. Untuk memancing Ikan Belida, pemancing harus mengesan dahulu lokasi ikan ini bermain dengan memerhati riak-riak Ikan Belida timbul dipermukaan. Ikan Belida selalunya akan mendiami sesuatu kawasan itu jika tidak diganggu. Selepas mengenalpasti lokasi ikan tersebut bermain, lontarkan umpan di kawasan tersebut.

Ikan Belida dengan Soft Plastic

Set pancingan sesuai untuk memancing belida adalah joran berkekuatan 10-20lb dengan saiz kekili 1000-4000 serta tali berkekuatan 20-30lb. Perambut untuk Ikan Belida pula haruslah berkekutan 20lb ke atas dengan panjang sekitar 2 kaki. Ikan Belida mempunyai sepasang pipi tajam yang boleh memutuskan tali sama seperti Ikan Siakap. Matakail udang bersaiz 8-10. 

Teknik yang sering digunakan adalah dengan kaedah pancingan dasar dengan teknik "batu hidup". Selalunya Ikan Belida tidak akan terus menelan umpan, apabila umpan di makan, hulurkan  tali bagi membenarkan ikan menelan umpan sekitar 5-10 saat kemudian tegangkan tali dan lakukan sentapan. Ikan Belida juga boleh di pancing dengan kaedah menggewang (baitcasting).



Ikan Belida ( Chitala Chitala )

1 comment:

mancingtok said...

tempatnya dimana mas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...